Selamat Tinggal Sungai Buloh.

Selak-selak kalendar. Mengira hari untuk pulang ke universiti. Cuti sem akan berakhir beberapa hari lagi. Adios katil busuk, bantal busuk, tv, dan perkara lagha yang lain. Lepas ni perjuangan sebagai pelajar akan diteruskan. Pheww.. Kalau diikutkan hati, malas je rasa nak belajar. Tapi mak cakap, tu lah pengorbanan kita kena buat. Kita tinggalkan zon selesa untuk keluar timba ilmu. Itu bukan untuk orang lain, tapi untuk diri kita sendiri jugak.

Sepanjang cuti sem ni, memang takde langsung keluar rumah melebihi radius 10 km. Kecuali pergi TS. Yeah. Satu hari tu jela aku pergi TS tanpa dirancang. Yang paling bestnya, aku pergi dengan kawan-kawan adik aku yang berumur 16 tahun. Aku terasa muda masa tu. Hahahaha. Mana taknya, yang lain semua 16 dengan 17 tahun dan aku kat situ the only budak yang 19 tahun sebulan lebih. So kiranya aku ni memang muda lagi lah. Boleh ngam dengan budak 16 tahun. Awesome okayy *wink wink*

Entry sebelum ni, aku ada senaraikan misi-misi aku untuk cuti sem ni. Ada sesetengah nya aku dah capai. Alhamdulillah, misi belajar menjahit aku dah terlaksana. Langsir bilik aku masih dalam proses nak siap. Dua hari menjahit, lepas tu malas nak menjahit. Sekarang baru aku tahu kenapa tetbe mak aku takde mood langsung nak menjahit. Haa. samalah situasinya bila tetbe aku takde mood langsung nak belajar. Rasa malasnya memang tahap nazak arh gitu. Kalau yang lain tengah khusyuk dalam kelas, aku boleh pulak berangan, borak-borak, hantar mesej guna kertas, pastu bila kuiz ternganga sebab tak faham belajar apa. Giloss.

Itu belum lagi masuk kelas yang bosan tahap rasa nak tidur je sepanjang kelas. Itu memang dah kena hasut teruk dengan nates tu. Semangat kau pun entah hilang ke mana macam dah kena kebas dengan orang je. Kelas discrete structures aku tu selalu jadi mangsa aku untuk luahkan bakat terpendam. Nota-nota akan penuh dengan doodles. tak pun, aku tak salin nota penting langsung. dok khusyuk melukis, macam mana nak menulis.

Misi-misi yang lain semuanya ke laut. Kenapa? Sebab mood nak tengok tv tu lebih menguasai diri. Hah hamek kau. Aku ni kaki movies depan tv so dok melagha depan tv je kerja aku. Tv, oh tv, will you marry me? Somehow, you can't save me dalam kubur dan masa akhirat nanti. Phewww.. Itu je cara nak sedarkan kita bila kita terlalu leka dengan gajet.

"Tv takkan tolong aku masuk syurga"

"Ipad takkan bantu aku dalam kubur"

"Samsung note 2 takkan bagi syafaat dekat aku di akhirat nanti"

Kalau tetbe khusyuk tengok tv tapi tak solat lagi walaupun dah masuk waktu, cuba terbitkan rasa bersalah kalau kau solat lambat. Kau mesti rasa tak senang duduk sebab kau ada 'hutang' yang belum dilangsaikan. Aku pun macam kau juga. Ada jugak aku solat lambat. Tapi, mestilah kita ubah perangai buruk kita tu kan. Takkan nak selama-lamanya solat lambat? Takkan kita nak diri kita makin lama makin jahat? Syurga impian kita, dan syurga itu mahal. Jadi, sama-samalah kita rebut peluang masuk syurga. InshaAllah. Doakanlah untuk kita semua. Hehe.

Sungai Buloh akan aku tinggalkan. Mungkin ada masa baru aku balik. Itu pun kalau aku ada banyak gap. Nak balik bukan senang. Mujur belajar dekat Serdang je. Alhamdulillah. Tapi yang sakitnya, duit yuran dia kemain mahal. Harap aku boleh survive. Takut takut.

No comments: