A confession? No way dude!!

Hey wazzup. Rasa macam lama jugaklah aku tak update blog ni. Busy sangat nak curi hati orang sampai tak terjaga blog ni. Eh. Lulz. Itu aku tipu je. Aku takde masa nak curi hati orang melainkan ianya tidak disengajakan. Syok sendiri sangat sampai tak boleh nak beza mana fantasi mana realiti. Kadang-kadang sampai tak sedar apa yang tengah buat tu sebenarnya salah dan mampu  buat orang beri tanggapan negatif.

Gegirls, sebenarnya kita selalu disogokkan dengan harapan tapi rupanya harapan tu palsu. Punyalah penat crush dekat dia tapi rupanya dia takde perasaan dekat kita. Kau macam dah terbang tinggi terawang-awang dalam dunia khayalan cinta kau tu sekali jatuh menjunam bila dapat tahu perkara sebenar. Itu lah orang kata, realiti tak seindah fantasi. Dan janganlah selalu berharap sangat sebab bila kau dah start berharap, kemungkinan kau nak kecewa tu sangat tinggi. Sebab tu sebelum crush dekat someone tu, fikir elok-elok hati kau dah cukup sado ke belum untuk terima dua kemungkinan. Pertama, dia pun ada perasaan dekat kau. Kedua, dia langsung takde perasaan dekat kau. Hah. Satu jawapan yang mampu buat kau bahagia atau kecewa. Tapi lebih membahagiakan bila kau suka someone tu, dia pun suka kau lepas tu terus masuk meminang, nikah. Aku rasa semua perempuan mengimpikan kebahagiaan macam ni. Tak perlu nak frust menonggeng, layan lagu tangkap leleh, sambil menangis tekup bantal. Alahai tragisnya. Aku sendiri pun tak tahan nak menanggung kekecewaan yang cukup mengecewakan *sambil layan lagu Black Widow*

Orang sekarang semua pakat bagitahu dalam twitter, fb, kalau kita suka/sayang someone tu baik luahkan. Jujur aku cakap, kau kalau kau perempuan, aku cadangkan baik kau senyap je. Apa-apa benda biar lelaki yang mula dulu. Itu bagi aku lah sebab aku taknak orang label aku "perigi cari timba" walaupun kadang-kadang memang aku nampak sangat macam perigi cari timba. huhhh lantak kau lah. Itu benda tak sengaja nak buat macam mana kan. Tapi kalau boleh memang aku elakkan. Aku pernah luahkan dekat crush aku perasaan aku, dan keputusannya memang mengecewakan aku. Ye, aku memang dah boleh agak dia takkan ada perasaan dekat aku sebab aku gemuk, hodoh, dan aku boleh cakap memang takkan ada lelaki nak kat aku. HAHA. Part paling mengecewakan ialah dia kawan aku sendiri, dan dia boleh pulak ambil kesempatan sebab aku layan dia baik. Hmm.. Dia bagi harapan lepas tu dia layan aku macam stranger. Faham tak rasanya macam mana bila kau layan orang baik sekali tetbe dia layan kau macam stranger? Sila tikam hati banyak-banyak kali.

Bila kau confess dekat crush kau, kau kena faham, teramatlah faham risiko yang kau akan hadapi. Kau mesti kena ignore dengan lelaki tu sebab lelaki bila dah tahu kau suka dia, dia akan layan tak layan dah kau. Perempuan pun ada je yang buat macam tu. Tapi bergantung pada crush kau tu. Kalau dia jenis yang professional, tahu persahabatan kau dengan dia, dia akan layan kau je. tapi ada lelaki dia terus larikan diri dari kau. Itu pun kalau kau crush dekat kawan sendiri. Tapi kalau kau crush dekat someone yang kau tak pernah tegur pun, aku rasa takde masalah. Kau takdelah nak rasa takut sangat. So sekarang ni semua bergantung pada diri kau nak confess ke tak. Dan apa tujuan kau nak bagitahu dia perasaan kau? Kau kena tahu tu semua dan fikirkan segala risiko yang kau mungkin kena hadapi nanti.

Terima kasih Tahun Pertama

Tahun pertama banyak memberi aku kenangan yang bermakna. Pahit atau manis semuanya ada. Aku jumpa orang yang bermacam ragam. Dan aku berjaya tambah kawan. Menarik bukan? ��
Tak kesahlah kawan tu rapat atau tak, yang penting aku ada ramai kawan dari kebanyakkan kolej. Senang jugak kalau ada kawan dari seluruh pelosok upm. Mungkin boleh tukar cerita tentang kolej sendiri. Motif? Sajaaaaaa.. Nak tengok kolej siapa lagi baik. Kahkah.. This is really happening. Ini kenyataan.

Aku adalah pelajar Sains Komputer. Coding dan ktorang tak mungkin berpisah. Dan jujur aku cakap, coding agak menyesakkan minda dan merobek jiwa raga. Nampak macam senang, ala hafal-hafal je keyword itu, cara susun code semua. Ehemm ehemm. Ya, memang kena hafal, tapi kalau tak faham, mungkin kau terpaksa merana tengok berderet tulisan berwarna merah terpapar dekat skrin kau. Lagi banyak errors, lagi banyak tulisan merah tu. Tapi saat paling merobek jiwa bila compiler kau running tanpa henti. Masa tu kau rasa macam nak give up. Tapi itu realiti kau kena terima sebagai pelajar sains komputer.

Tiap hari, jalan kaki pergi kelas, tak terasa penat. Sebab ada kawan-kawan yang tak pernah pilih kasih. Yang terima baik buruk masing-masing. Yang menutup buruk sesama sendiri. Yang sentiasa bersama. Yang melayan lawak bodoh aku. Yang membahan sesama sendiri �� Sungguh aku sayang persahabatan yang macam ni. Dan aku sedar aku lah yang paling banyak bermain dengan emosi. Tapi..... Dorang tetap terima aku. Sweet bukan?

Sem satu dan sem dua banyak beza bagi aku.. Terlalu banyak. Dan aku rasa lebih manisnya sem dua berbanding sem satu. Sebab apa? Sebab hubungan kita berempat lagi erat. Aku sehabis mungkin nak melarikan dari kawan yang bertalam dua muka. Agar aku tak rasa bersalah. Kalau bila dengan dia pun dia mampu memburukkan kawan baik sendiri yang lain, inikan lagi kalau belakang kita. Mungkin dia mampu buat benda yang sama. Lumrah manusia. Tak pernah puas. Tak pernah redha. Tak pernah terima dengan sebaik mungkin. Kalau mampu, larilah jauh-jauh dari orang macam ni, tapi jangan putuskan hubungan silaturahim.

Aku juga belajar, setiap orang ada kelemahan masing-masing. Dan manusia tiada hak untuk menghukum seseorang tu tanpa ketahui apa sebenarnya konflik dalam yang berlaku. Dia bertudung labuh, jaga aurat dia banyak ilmu agama tapi couple. Aikkk? Kedengaran pelik kan? Ye.. Dengan mudahnya kau akan pandang serong. Tapi kau tahu tak, sebenarnya, menjaga ikhtilat tu lah kelemahan dia. Mungkin dia cuba sedaya upaya nak berubah, tapi tak jumpa kekuatan.
Dia biasa-biasa, baju tidaklah labuh, berseluar jeans, kelihatan macam budak nakal. Tapi ilmu agama banyak. Solat sunat tak pernah tinggal. Usrah pun join. Tapi sayang auratnya kurang jaga sikit. Itulah kelemahan dia.. Kelemahan dari segi menjaga aurat. Mungkin dia cuba utk ikut pakai baju yg lebih labuh, tapi disebabkan faktor sekeliling, atau mungkin rakan-rakan atau ego sendiri, lebih rela pakai baju biasa-biasa.

Takde sesiapa yang sempurna. Jangan salahkan tudung kalau dia buat salah. Aurat memang wajib untuk dilindungi tapi setiap orang tak lari dari melakukan kesilapan. Sebab tanpa kesilapan kita takkan tahu macam mana kehidupan.