Terima kasih Tahun Pertama

Tahun pertama banyak memberi aku kenangan yang bermakna. Pahit atau manis semuanya ada. Aku jumpa orang yang bermacam ragam. Dan aku berjaya tambah kawan. Menarik bukan? ��
Tak kesahlah kawan tu rapat atau tak, yang penting aku ada ramai kawan dari kebanyakkan kolej. Senang jugak kalau ada kawan dari seluruh pelosok upm. Mungkin boleh tukar cerita tentang kolej sendiri. Motif? Sajaaaaaa.. Nak tengok kolej siapa lagi baik. Kahkah.. This is really happening. Ini kenyataan.

Aku adalah pelajar Sains Komputer. Coding dan ktorang tak mungkin berpisah. Dan jujur aku cakap, coding agak menyesakkan minda dan merobek jiwa raga. Nampak macam senang, ala hafal-hafal je keyword itu, cara susun code semua. Ehemm ehemm. Ya, memang kena hafal, tapi kalau tak faham, mungkin kau terpaksa merana tengok berderet tulisan berwarna merah terpapar dekat skrin kau. Lagi banyak errors, lagi banyak tulisan merah tu. Tapi saat paling merobek jiwa bila compiler kau running tanpa henti. Masa tu kau rasa macam nak give up. Tapi itu realiti kau kena terima sebagai pelajar sains komputer.

Tiap hari, jalan kaki pergi kelas, tak terasa penat. Sebab ada kawan-kawan yang tak pernah pilih kasih. Yang terima baik buruk masing-masing. Yang menutup buruk sesama sendiri. Yang sentiasa bersama. Yang melayan lawak bodoh aku. Yang membahan sesama sendiri �� Sungguh aku sayang persahabatan yang macam ni. Dan aku sedar aku lah yang paling banyak bermain dengan emosi. Tapi..... Dorang tetap terima aku. Sweet bukan?

Sem satu dan sem dua banyak beza bagi aku.. Terlalu banyak. Dan aku rasa lebih manisnya sem dua berbanding sem satu. Sebab apa? Sebab hubungan kita berempat lagi erat. Aku sehabis mungkin nak melarikan dari kawan yang bertalam dua muka. Agar aku tak rasa bersalah. Kalau bila dengan dia pun dia mampu memburukkan kawan baik sendiri yang lain, inikan lagi kalau belakang kita. Mungkin dia mampu buat benda yang sama. Lumrah manusia. Tak pernah puas. Tak pernah redha. Tak pernah terima dengan sebaik mungkin. Kalau mampu, larilah jauh-jauh dari orang macam ni, tapi jangan putuskan hubungan silaturahim.

Aku juga belajar, setiap orang ada kelemahan masing-masing. Dan manusia tiada hak untuk menghukum seseorang tu tanpa ketahui apa sebenarnya konflik dalam yang berlaku. Dia bertudung labuh, jaga aurat dia banyak ilmu agama tapi couple. Aikkk? Kedengaran pelik kan? Ye.. Dengan mudahnya kau akan pandang serong. Tapi kau tahu tak, sebenarnya, menjaga ikhtilat tu lah kelemahan dia. Mungkin dia cuba sedaya upaya nak berubah, tapi tak jumpa kekuatan.
Dia biasa-biasa, baju tidaklah labuh, berseluar jeans, kelihatan macam budak nakal. Tapi ilmu agama banyak. Solat sunat tak pernah tinggal. Usrah pun join. Tapi sayang auratnya kurang jaga sikit. Itulah kelemahan dia.. Kelemahan dari segi menjaga aurat. Mungkin dia cuba utk ikut pakai baju yg lebih labuh, tapi disebabkan faktor sekeliling, atau mungkin rakan-rakan atau ego sendiri, lebih rela pakai baju biasa-biasa.

Takde sesiapa yang sempurna. Jangan salahkan tudung kalau dia buat salah. Aurat memang wajib untuk dilindungi tapi setiap orang tak lari dari melakukan kesilapan. Sebab tanpa kesilapan kita takkan tahu macam mana kehidupan.

No comments: