Setia. atau buta?


Masih mencari-cari apa motif aku tulis tentang ini. Boleh dikatakan topiknya agak jiwang. Aku, jiwang, di blog? Rasa macam mungkin dulu je aku tulis entry yang agak heartbroken, jiwang tangkap leleh dan sebagainya. Tapi sekarang aku lebih prefer tulis pasal life aku sebagai penganggur terhormat, junior yang kena buli, pengalaman sebagai budak noob first time pergi jungle trekking, etc blah. Kalau nak listkan semua, memang payah lah. Baik aku terbitkan je novel pasal kehidupan aku. Dan aku yakin novel aku mesti tak laku. Kesian.

Sampai sekarang aku tak faham dengan diri aku. Kenapa aku masih simpan perasaan dekat dia sejak dari matrik sampai sekarang? Dia selalu je sakitkan hati aku dengan perangai dia yang annoying tahap gila tu. Kenapa dan mengapa? Kenapa aku masih boleh bertahan dengan perangai dia dan mengapa mesti aku hadapi lagi ujian yang aku rasa di matrik dan aku harus rasa lagi kat sini? Liyana suruh aku move on, Farhana pun, tapi susah untuk aku move on.

Aku cuba kekal positif. Aku cuba je tutup sebelah mata dan lupakan perangai dia tu. Dan fikirkan dia sebagai seorang kawan. Bila dia mintak tolong, aku tak kesah nak tolong orang. Cuma aku tak suka orang mempergunakan aku. Kawan jenis apa yang pijak kepala kawan sendiri? Kawan yang nak kena pijak dengan gajah kot. Seorang kawan untuk dihargai, bukan untuk dicari bila perlukan bantuan. Suka duka semua kena cerita. Cuma kalau rasa ada benda tak nak cerita, tak payah cerita. Terpulang kepada individu. 

Aku rasa aku belum lagi 'buta' untuk sedar apa yang dia dah buat dekat aku. Aku belum 'buta' lagi untuk melihat yang sudah tiba masanya untuk aku mulakan perjalanan baru dan lapangkan minda dari berfikir tentang dia yang anggap aku sebagai nobody. Aku perlukan dorongan. Dan kepastian. Dan sesuatu yang mampu buat aku keluar dari kekusutan yang menyemakkan minda ni. Semak weh semak.

2 comments:

Anonymous said...

good luck then. ;)

Danira Mustafa said...

haaa thank you. masih dalam proses move on. cewahh xD