Janda Baik baik punyerr!

4 Oktober. Kali pertama jejakkan bumi Janda Baik, Pahang. Teruja bercampur takut sebab selalu baca/dengar berita pasal kemalangan maut yang kebanyakkannya melibatkan bas dekat kawasan Pahang. Sepanjang perjalanan hati ni memang tak keruan. Solusi untuk masalah tu cuma TIDUR. Jadi apa lagi, tidur jela sepanjang perjalanan.

Kita putar balik masa pada pagi Jumaat 4 Oktober. Tik tok. Pagi tu aku ada kelas ganti programming. Ok. Kelas ganti memang menyemak sebenarnya. Sebab hari Jumaat AKU TAKDE KELAS LANGSUNG. yeay. Setakat ni, Jumaat aku sentiasa penuh dengan aktiviti. Baru beberapa kali je rasa Jumaat yang heaven dekat UPM tu. Yang lainnya terpaksa menabur bakti dan peluh untuk universiti. Sigh. Seksa. Tapi takpe, nak berjaya kena korban. Merit kena kumpul kalau tak abang bayan campak kau keluar kolej. Eh? Takde kaitan sebenarnya. Hahahaha. Mamp kalau ada budak k.6 baca blog aku. Kalau mtm sendiri yang baca lagi teruk.


Lalalalala. Lupakan itu semua. Sebenarnya, pagi tu kelas takde pun. Ada tu ada tapi macam takde lah sebab lecturer ada meeting. Ktorang yang sangat baik lagi suci ni pun ambil kesempatan siapkan assignment discrete dan blah balik bilik. Kemas barang pastu bergerak ke astaka seni.

Tik tok tik tok tik tok. Jam pun dah pukul 10 lebih. Janji Melayu memang macam ni. Kalau kata pukul 10 tu, pukul 11 baru munculkan diri. Ahh itu semua typical malaysian. Pukul 12 lebih baru bas bergerak ke Janda Baik. Solat Jumaat? Mestilah lelaki tak pergi! Perjalanan dari UPM ke Janda Baik rasanya sejam lebih. Takdelah jauh mana pun. Tapi faham-faham jelah, bas kena bawak perlahan-lahan. Tak nak lah nanti jadi bas terbang ke bas tergolek ke dekat lebuh raya. Menangis mak bapak aku. Masuk newspaper pulak nanti. Tragis.

Jalan nak ke Janda Baik memang wow. Rasanya korang kena pergi sana sendiri untuk tahu pengalaman pergi sana. Dan korang akan faham apa rasanya. Yang ada mabuk bila dalam kereta aku, aku nasihatkan suapaya tabah eh. Bawak sepapan panadol ke, satu botol besar minyak angin ke, satu beg besar beg plastik ke, manalah tahu kan... Bak pepatah orang melayu, sediakan payung sebelum hujan.

Sampai je kat sana, semua muka excited tahap tak pernah datang Janda Baik. Ke aku sorang je yang rasa macam tu? Errrrrr...... Sampai sana angkat beg, duduk atas kerusi pastu daftar. Ktorang sebenarnya tak keseorangan. Cuba teka U apa yang ada sekali?? *drumroll* UNITEN Bangi. Wuuuu. Tapi dorang datang lambat giler weh. Padahal dekat je pun *kutuk Uniten* Semua dapat beg special dari Jabatan Penerangan, 3 helai t-shirt, satu topi, satu towel kecik, satu buku, satu pen dan blablabla. Tak ingat aku nak listkan semua. Yang pasti SEMUANYA FREE okay.

Rasa macam akau kena sambung cerita di Janda Baik dalam episod lain. hm bajet macam ada orang nak baca je. Ceh ceh ceh syok sendiri ye kau jemah. Haaa takpelah. Kau tunggu je entry aku yang lain. Tu pun kalau aku rajin nak update :3

Kbai -ainxoxo


No comments: