Realiti bukan fantasi.

Kita selalu disogok dengan novel-novel cinta yang membuatkan korang rasa macam di awang-awangan, mengharapkan prince charming datang melamar korang dengan cara paling sweet sekali dalam dunia ni. Blerghhh. Bencinya. Memang terasa indah, rasa macam kita sendiri pulak yang alami sendiri cerita tu tapi sedar tak, tu cumalah sebuah cerita. Manusia yang cipta cerita tu. Jadi manusia jugaklah yang menentukan tahap kemanisan sesebuah cerita tu. Oh tak bestnya.. Mohon berpijak di bumi yang nyata. Jangan sampai leka terawang-awang di dunia khayalan tu.

Novel bergenre cinta bukanlah minat aku. Memang best dapat baca novel yang jiwang macam tu, tapi... sumpah aku cakap aku kurang suka novel cinta. Macam aku cakap sebelum ni, cerita dalam tu semuanya rekaan. Manusia yang reka ikut suka hati. Jadi tak dapat rasa sesuatu yang realiti dalam cerita macam tu. Dah nama pun novel kan. Ikut suka hati penulis dia lah nak buat cerita apa. Kalau penulis tu nak buat cerita cliche melayu perempuan lelaki bercinta pastu ada halangan dari minah yang jahat lah, halangan dari family lah, kena sihir dengan ex gf yang gila lah, suka hati dorang lah kan. Asalkan dorang dapat best seller.

Baru-baru ni aku belilah tiga buah kitab ni. Nama kitab tu kitab terfaktab. Kenapa terfaktab? Kenapa bukan buku islamik? Haaa aku sendiri pun tak tahu kenapa aku rasa cam berminat sangat nak beli buku terfaktab. Mungkin sebab pengaruh kawan aku yang perkenalkan terfaktabzine . Menarik sangat. Sebab ada tips tips yang membuatkan aku lebih kuat untuk fikirkan crush aku. Memang sangat menarik.

Aku bukan nak promote buku, cuma aku nak bagitahu, kalau kita disogok sangat dengan cerita rekaan, kita takkan tahu pengalaman orang lain dalam percintaan. Tapi kita kena faham, bercouple tu haram. Perbuatan kita semasa couple yang membuatkan haram. Berdua-duaan, jalan sana sini, gayut dengan suara manja, tu kan salah tu. Lelaki mudah tergoda dengan suara perempuan yang lembut. Jadi berhati-hatilah. Fikir semula apa yang kita nak. Kita nak hubungan yang diredhai Allah, atau hubungan yang hanya menjauhkan kita dari Dia. Sama-sama lah kita muhasabah diri. Aku pun bukanlah alim sangat, baik sangat. Tapi ada masanya kita kena fikir apa kekurangan kita dan cuba untuk perbaiki diri kita. Bukanke perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan sebaliknya? Wallahu'alam.

No comments: