now reading.

Assalamu'alaikum. Hola. Malam ni baru ada mood nak update blog. Malas pulak nak gunakan bahasa mendalam malam ni (ayat poyo) sebab bila aku baca entry aku sebelum ni, ya Allah, bosan gila! Maaflah. Aku bukanlah seorang penulis yang menerapkan unsur lawak dalam setiap penulisan. Mungkin semuanya lawak hambar gelak sensorang.


Semalam 12 jam keluar rumah dari pukul 12 dan balik rumah nak dekat pukul 12. Kaki pun rasa macam nak kejang je. Betis pulak rasa macam perghhh, sakit gila. Kugagahkan jua berjalan saat akhir di padang depan masjid shah alam. tak sangka meriah tempat tu. ada orang jual barang liplap liplap, boomerang, and so on. Duduk beralaskan rumput sambil menikmati keindahan malam di padang tengah bandar. Merata manusia berkumpul di padang tu. Mungkin mahu beriadah dengan keluarga dan teman-teman sambil merapatkan silaturahim sesama sendiri. Takkan aku lupa la kenangan keluar dengan Cikna dan lain-lain. Walaupun dorang bukan keluarga kandung aku, tapi aku dah anggap aku macam keluarga sendiri. tetttt. Malas nak bukak isu ni. Tak penting pun.

Sebenarnya, aku nak bagi tahu yang sekarang ni aku tengah baca buku Biar Bidadari Mencemburu Dirimu.


Niat asal ingatkan nak beli novel english sebab niat di hati nak tingkatkan english. Nanti dah masuk U mesti banyak gunakan English berbanding bahasa Melayu an. Jadi sebelum masuk U aku nak betulkan apa yang salah, isikan apa ilmu aku yang lompong. Jujur aku kata, aku rasa kosong duduk rumah menganggur ni. Aku jadi blur nak buat apa walaupun aktiviti tu banyak. Hm.. Ramadhan yang datang terasa kosong. Hm. Tak tahu krisis apa yang berlaku dengan diri aku ni. Rasa macam ada sesuatu dilema yang berlaku dalam diri ni. Lupakanlah kisah dilema aku yang pathetic gila untuk dibaca tu. heh



Aku akan suggest beberapa buku yang best untuk dibaca. Harap korang akan cuba lah jenguk jenguk sikit buku tu di bookstore berhampiran.





p/s: Hanya dua buku je aku dah habis baca; Dunia Ini Sederhana Kecil dan Bibir Merayu, Hati Bernafsu. Lagi tiga tu masih usahakan untuk baca sampai habis. Hehe. Tapi aku tahu cerita ni semua menarik. Tak jiwang. Tak suka novel jiwang.

2 comments:

norlyn said...

HAIIIIII AWAKK

Unknown said...

hai awak jugak.. hehehe :D