Gula dan peria

Selamat tinggal KMJ. Dah seminggu lebih aku tinggalkan kau, Alhamdulillah, rindu tu cuma datang menyapa sekejap sekejap je. Belum lagi angau yang melampau. Kenangan manis macam gula tu selalu jugak di rindu, tapi kenangan pahit macam peria tu, kalau boleh nak campak jauh-jauh masuk dalam laut. Biar ikan je yang makan. EH.

Banyak kenangan yang tercipta masa dekat KMJ. Dengan roomates, budak praktikum, kawan-kawan. Itu memang tidak dinafikan meskipun aku bukanlah seorang yang ada ramai kawan. Tapi kenangan tu cukup untuk buat aku tersenyum keseorangan dan kelihatan seperti orang yang tengah baca mesej dari someone special. yeahh. Mesti korang tahu macam mana reaksi muka kita bila dalam situasi macam tu kan?

Kenangan gula-gula masa sem satu ialah bila Madam Puteri Sri Dewi belanja ktorang makan dekat kafe admin. Pertama dan terakhir kalinya seorang pensyarah belanja aku makan sepanjang aku belajar dekat sana. Mungkin itu yang dinamakan rezeki. Dapat makan free :D
Hehe. Kemudian, kenangan sepanjang boria. Mungkin ada sesetengahnya yang tak mungkin aku akan tulis dalam blog ni dan jadikan sebagai bahan bacaan awam. noh8. Sangat seronok bila dapat menari-nari bersama kawan-kawan. Teringat lagi jadi pasangan dengan Ummi Nadhrah, my cottoncandy. Dah macam kembar dah rasanya. Sayangnya, ktorang terpaksa dikeluarkan dari tarian dan jadi ajk teknikal. Ada hikmah pun dengan 'tersingkirnya' ktorang dari team tu. Sebabnya nanti aku kelihatan macam nangka yang tengah menari. Dude,,, I am chubby, pastu menari depan orang. Apakah?

Kenangan masa sem satu macam banyak dah dilupakan. Mungkin sebab berlaku tahun lepas dan banyak kenangan yang dah digantikan dengan kenangan sem dua.


Sem dua mengajar aku untuk tidak setia pada seorang kawan sahaja. Bila dah masuk kolej/universiti, ramai orang yang kita jumpa, dan boleh rapat sekelip mata je. Jangan yakin sangat orang yang kau kenal tu akan rapat dengan kau sampai habis belajar. Boleh jadi kau akan rapat dengan ramai orang. Apa yang aku cuba maksudkan kat sini ialah, belajar untuk rapat dengan semua orang. Jangan terlalu bergantung harap pada seorang rakan je. Aku mengaku, aku rapat dengan A, then tetbe dah tak rapat. Macam hujan. Turun lebat, lepas tu hilang. K takde kaitan sebenarnya. Sem dua juga mengajar aku untuk menyiapkan segala tutor. Aku mengaku yang sem satu aku memang tak pernah siapkan tutor chemistry. Awal sem je rajin, lepas tu, rajin lesap ke mana, buku tutor hilang ke mana. Awak, awak dan awak, yang bakal ke matrikulasi tu, tolong jangan ikut ajaran sesat senior awak ni.

Sem dua juga mengajar aku untuk tidak berharap langsung dekat orang yang kita suka. Buang segala harapan dan mula tetapkan langkah berjaga-jaga. Cuba terima segala kemungkinan yang akan berlaku. Oh ye crush, kau betul-betul memeningkan aku. Tapi takpe, aku faham yang kau anggap aku kawan kau je. Sebab dari cara kau layan aku, aku memang dah tahu. Apa-apapun, terima kasih sebab kenal aku (:

MAJLIS DINAMIKA yang terbaik itu tak mungkin aku lupa. Bila semua tengah nyanyi lagu negeri Johor, aku mampu pandang kanan kiri buat muka tak bersalah. Itulah nasibnya bila orang Selangor belajar dekat Johor. Aku redha dapat belajar dekat KMJ. Dipertemukan dengan MT24, memang sangat membahagiakan. Adakah aku hanya menceritakan yang indah-indah belaka kononnya mahu mengaburkan memori duka? Yang pahit tu, aku buang. Taknak ingat. Orang yang aku tak suka tu, aku dah lupakan dah. Aku taknak berdendam dengan orang. Aku tahu aku memang geram dengan beberapa orang, tapi biarlah. Asalkan dorang bahagia.

Senang cerita, biar aku buat list je KENANGAN manis pahit masam masin tawar sem dua.

- 5 Dec 2012:
Roomates kesayangan telah melancarkan perang bedak dalam bilik. Dan perang air dalam bilik air. First time la kena macam tu masa birthday. Selalu bila birthday sambut dengan family. Makan kek. Tapi tahun lepas, NO CAKE.

- Satu group dengan sorang budak lelaki ni hampir setiap subjek/projek kecuali group English. Dinamika dengan dia, Biology dengan dia, Science computer dengan dia, Agama dengan dia, haaa apa lagi... Asyik-asyik muka dia. Boleh muntah jugak aku. Bwekkk

- Buat ucapan awam depan semua orang untuk dinamika cakap pasal bahasa wempitzz. Mungkin hampir satu kelas tersentap. Ampunkan batik :P

-Buat kraf tangan untuk presentation English lepas tu jual. Tak untung mana, tapi alhamdulillah, boleh bayar balik duit modal. Lepaslah nak bayar modal ktorang. Dapat jugak pengalaman baru buat bunga ros kertas. Boleh praktis bagi dekat bakal zauj. haha.

jelly much?

-BBQ masa birthday Ummi. Seronok sangat dapat solat jemaah sama-sama dekat belakang rumah yang belakang blok E tu. Safi jadi imam, yang lain makmum la. Yang paling seronoknya dapat jadi makmum budak kelas sendiri la. Tu yang best. Bukan selalu dapat peluang macam ni. Waktu solat angin kencang sangat. Dan pertama kali jugak aku solat berbumbungkan langit dan beralaskan tikar je. Takkan aku lupa kenangan ni. Malam pulak main game. Team aku HAMPIR menang, tapi kalah. Ouch so sad.

-Hari Hafiz Hamidun datang KMJ untuk konsert terapi diri, hujan lebat waktu petang tu. Hati ni dah risau kalau konsert terpaksa dibatalkan. Terpaksa hadapi hujan masa konsert tu berlangsung sebabnya buat dekat dataran je. Dataran takde bumbung, jadi hujan memang jadi teman waktu tu. Paling sedihnya, aku macam forever alone je hari tu. Takde kawan untuk berbual. Mujur aku hafal zikir-zikir beliau dan bolehlah aku ikut berzikir sekali. Takdelah bosan sangat. Kawan-kawan yang lain sibuk usha adik beliau. Katanya comel. Hmm comel lah jugak. kot. Entah. Yang pasti, aku kurang gembira malam tu. MT24 je yang pakai baju praktikum malam tu. Malu rasanya tapi watlek wat pis jela mampu.

Mungkin sampai sini saja aku mampu coretkan kali ni. Terlalu banyak kenangan yang tak mampu aku listkan. Tak cukup untuk satu entry je sebab terlalu banyak. Harapan aku ialah untuk berjumpa mereka yang aku sayang lepas ni. Jaga diri baik-baik teman <3

No comments: