Matrikulasi

Pelajar lepasan SPM mesti buntu mana yang mana satu antara dua, tiga mahupun empat yang harus dipilih. IPTA? Matrik? IPTS mahupun Asasi? Itulah konflik yang setiap orang akan hadapi terutama sekali yang masih mencari-cari hala tuju. Coretan kali ini bukanlah untuk memboikot matrikulasi sedangkan aku sendiri pun budak lepasan matrikulasi 2012/2013. Sudah tentulah aku takkan menghasut dorang untuk membenci matrik!

Aku yakin, ramai yang akan katakan TIDAK dan bertekad untuk TIDAK MENJEJAKKAN KAKI ke matrikulasi. Tapi ketahuilah, apa yang kau tak suka tu, mungkin itu yang terbaik untuk kau. Hanya Allah Maha Mengetahui..

Siapa yang dekat sini dapat tawaran Kolej Matrikulasi Johor sila angkat tangan! Tahniah aku ucapkan. Matrikulasi Johor memang yang terbaik (walaupun aku tahu matrikulasi lain pun terbaik jugak). Setiap insan yang masuk kolej/universiti akan mengalami perubahan. Sama ada daripada jahat kepada baik atau daripada baik kepada jahat. Itu terpulang kepada diri masing-masing. Tapi dari pemerhatian aku, ramai yang dah berubah sejak masuk matrik. Kalau dulunya tudung singkat, baju ketat, tapi sekarang dah bertudung labuh, baju longgar. Alhamdulillah. InshaAllah. Mudah-mudahan kita semua beristiqamah melakukan sesuatu. Bak kata orang, mujahaddah itu pahit.



Kita mulakan dengan tips untuk survive masa minggu orientasi. Minggu tu lah yang paling genting sekali sampai nak buat kau menangis air mata darah dan panjat tembok KMJ. Setiap hari setiap pelajar kena solat berjemaah di masjid. Seronok taw.  Dan for sure, masjid tu akan penuh dengan manusia. Jadi pandai-pandailah jaga barang elok-elok. Hampir setiap hari mesti ada yang hilang barang. Biasalah tu bila dah excited masuk matrik. Sebelum memulakan hari korang, PASTIKAN korang bangun awal untuk elak berebut tandas. Tandas bukannya banyak pun, jadi urus diri betul-betul. Ada orang akan mandi pukul 3, 4 pagi lepas tu tidur balik. Kalau sanggup berdiri depan pintu bilik mandi tu, maka kau bolehlah bangun lambat dan mandi lambat.

Waktu rehat pulak, mesti pelajar serbu kafe dan sekali lagi kau terpaksa berebut-rebut dengan orang lain. Bila sampai turn kau nak beli makanan, tengok-tengok makanan semua dah habis. Untuk elakkan kebulur yang melampau, bawaklah biskut ke, roti ke, apa-apa makanan ringan yang boleh buat kau kenyang. Nanti tak de lah lapar sangat bila buat aktiviti. Jangan lupa bawak air sekali. Yang paling penting sekali, buat persediaan mental. Bila tengah hadapi saat sukar, mesti terkenangkan mak, ayah, adik, abang, kakak, kak eton sebelah rumah, abang mail  yang selalu lepak bawah pokok rambutan. Diri kena kuat untuk hadapi saat berjauhan dengan family terutama sekali yang tak pernah ada pengalaman hidup di asrama. ITU PALING PENTING. Tapi bila dah busy dengan kawan-kawan baru, mungkin kau akan terbiasa dengan kehidupan jauh dengan keluarga.

Bila dah menjalani minggu pembelajaran, kau akan rasa "eh, rasa macam kat sekolah lah" bila masuk dewan kuliah, belajar sama-sama dengan kawan, masuk kelas tutor, kelas praktikal. Tapi yang membezakan matrikulasi dengan sekolah menengah ialah, jadual kau akan pack dari 8 AM - 5PM. Tengok jadual masing-masing lah. Jangan risau wahai adik-adik sekalian... Ada gap lah.. Bukan setiap hari pack macam tu.

 

Kalau nak masuk KMJ, korang takleh bawak barangan elektrik, plug extension, dan yang sewaktu dengannya. Rasanya dah diberitahu dalam surat tawaran tu kot. Korang boleh bawak printer, lampu yang takkan membuatkan blok tu blackout. Iron semua dah disediakan. Heater takdak lah. Korang kena beli air panas dekat kafe sebelah blok. Jangan lupa bawak thermos ye!! Itu bagi korang yang nak makan dalam bilik lah. Washing machine pun disediakan. RM2 setiap kali cucian. Kalau nak jimat, cuci dua kali seminggu. Itu bagi aku dah berjimat lah tu. Kalau nak lagi lagi lagi jimat, cuci seminggu sekali. Tak pun share dengan roomates.


Ini antara tips yang mungkin korang pertimbangkan:

* Masa kuliah, FOKUS! Kalau rasa nak lebih fokus, duduk depan. Tapi kebiasaannya, lelaki akan diberi keutamaan untuk duduk baris depan. Kalau korang tak fokus, korang akan rasa kesannya bila nak dekat UPS/PSPM.

*Siapkan tutorial. Korang akan faham lebih.

*Pergi jumpa pensyarah dekat admin kalau tak faham sesuatu topik. Jangan pendam je kebodohan diri tu.

*Lepas pukul 11 malam, pelajar perempuan jangan gelak tak ingat dunia.

*Elakkan diri lalu/pergi dekat kolam waktu maghrib.

*Hafal lagu Johor sebelum masuk matrik. Haha!

Mungkin itu antaranya yang aku boleh kongsi untuk mereka yang akan masuk ke matrik terutama sekali KMJ. Goodluck ye!! Kalau ada pertanyaan, boleh tinggalkan komen :D Kalau nak tambah info pun boleh. Digalakkan! :D







credit : Azrul Afiq

No comments: