Selamat tinggal KMJ


Alhamdulillah, tamat sudah tempoh belajar aku di KOLEJ MATRIKULASI JOHOR selama 11 bulan. 11 bulan tu terasa sangat lama, tapi ternyata, sepanjang 11 bulan, tempoh perkenalan kita terasa singkat. Terima kasih kepada MT24ians kerana sudi menerima aku sebagai sebahagian daripada korang.

Banyak kenangan pahit yang kita hadapi, tapi lagi banyak manis berbanding pahit. Sem satu mula merapatkan hubungan kita melalu boria. Perasan tak, sebelum boria, kita masing-masing tak rapat. Kawan pun sesama sendiri je. Tapi bila hampir setiap hari kita berjumpa, berlatih tarian boria sama-sama, secara tak langsung merapatkan ukhuwah antara kita. Teringat kali pertama bertemu korang dalam kelas ko-k dengan Puan Sariah dalam Bilik TV blok mana tah. Masing-masing tak kenal sesama sendiri. Nak calonkan orang untuk jadi ketua praktikum dan penolong ketua praktikum pun tak boleh sebab tak kenal sesama sendiri. Jadi dengan redha nya, diam dan undi jelah sesiapa yang rasa berkenan. HAHA!

Masa berlalu dan pertandingan boria pun makin dekat. Semakin memuncak konflik yang berlaku dalam kelas kita. Aku tahu aku banyak tak puas hati masa tu. Maaf sangat-sangat. Tapi itu kisah lama, apakan daya. Bila pertandingan pun dah dekat, mulalah terasa cuak bila kena marah dengan Puan Sariah sebab tak dapat nak buat/cari minus one yang dikehendaki. Maka menangislah dua orang perempuan mt24 di atas pentas tatkala di marahi. Permasalahan yang paling menarik kita hadapi ialah apabila kita terpaksa menjemput orang luar a.k.a ayah azrul afiq untuk tolong kita dengan tarian. Alhamdulillah, dengan adanya bantuan orang luar, masalah tarian kita pun selesai..

Sepanjang sem dua, makin terasa rapat ukhuwah antara mt24. Projek itu projek ini, group itu group ini secara tak langsung merapatkan hubungan kita. Buat kerja sama-sama, dating sama-sama. Eh? haha. Thanks to Ummi, Sarah, Nadzirah and Meena for being my groupmates. Kita berusaha keras untuk menyiapkan presentation Echanted Garden ; The Handicraft Shop. I like the ideas when we made brooches, headbands, two bouquets of flowers from paper and others which I don't really remember. hehe. ITU MEMANG AWESOMEEEE! Then, kita berganding lagi untuk kumpulan science computer di mana kita kena bincang tutorial. oooo ya, Afiq pun dalam kumpulan kita. Kumpulan kita kekal jugak untuk kumpulan agama di mana uztaz Sayuti, uztaz kesayangan yang mengajar kita <3

Majlis Dinamika seronok sangat kan?? Walaupun pada awalnya kita alami pelbagai permasalahan, tapi akhirnya!! kita menang. Terpaksa rembat alas meja bilik JPP sebab takde alas meja. Tak sangka alas meja bilik JPP rupanya langsir. Kreatif betul warga KMJ ni -_____-"

runningman mt24.

Walau apa pun yang terjadi, kita tetap MT24 2012/2013. Tiada apa yang dapat memisahkan kita. Banyak kenangan untuk dikenang tetapi tak muat untuk disumbatkan dalam satu post je. Atau dalam erti kata lain, aku sebenarnya tak reti bab-bab menulis ni. Kenang aku selalu dalam mimpimu mahu doamu. cewahhh. memang nightmare la kau mimpi aku. kahkah. Terimalah gif yang aku edit sendiri ni. muehehe
Akhir kata, terimalah lagu yang khas buat korang (padahal lagu unic je) :P







No comments: