UPM, aku datang!

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi atas kurniaan rezeki yang aku tak jangkakan ni. Memang UPM pilihan utama aku, tapi siapa sangka pilihan nombor satu aku akan dipilih. Aku harap ianya memang rezeki aku. Aku harap aku tak lalai dengan kurniaan Allah. Aku harap aku tak lupakan Dia. Aku harap aku akan lebih menghargai apa yang aku dapat daripada terlalu menginginkan apa yang aku tiada. InshaAllah.

Masa bergerak dengan pantas tanpa sedar. tik tok tik tok. Tak sampai sebulan, aku akan bergelar mahasiswi UPM. Teruja jugak pada asalnya tapi bila diselitkan dengan kisah pahit yang terjadi di UPM, peratus keterujaan aku tu dah berkurang dari 100 % ke 50 %. (Sebenarnya masih mahu lepak di rumah LIKE A BOSS). Banyak jugak info-info yang kakak abang senior post di group Pelajar Baru UPM 2013/2014. Memang membantu dorang ni walaupun kadang-kadang ada selingan post soalan yang boleh dikatakan kurang logik (dari juniors). 

Aku jugak ada google pasal fmbk (kalau nak tahu bolehlah google sendiri, baru surprise) dan benda tu betul-betul buat aku lagi cuak nak masuk UPM. haha. Tapi perjuangan perlu diteruskan. Cita-cita perlu dikejar, impian perlu digapai. InshaAllah, halangan fbmk dan seumpama dengannya boleh aku tempuh. Allah kan ada (:

Persiapan nak masuk U belum buat lagi. Buat acc CIMB je dah siap. Ptptn pun tak isi lagi. Harap boleh selesaikan sebelum masuk U. Banyak benda tak faham dengan ptptn ni. Serious buat aku pening kepala.



Semoga Allah permudahkan urusan aku dan kawan-kawan untuk masuk ke universiti. Aminn. InshaAllah.
Pada 1 September nanti (InshaAllah), akan kujejakkan kaki ke UPM yang dah lama aku idamkan tu. Haha. Penantian yang penuh kesabaran membawa hasil. Alhamdulillah, berjaya dapat tawaran ke sana. Benda ni betul-betul buat aku bahagia. Saat terakhir aku bahagia (bila berkenaan pelajaran) ialah bila dapat straught A's untuk PMR. Tu zaman dulu kala la. Di harapnya aku bolehlah capai 4flat. InshaAllah. Sampai sini sahaja. Harap sudi membaca blog aku lagi. Fi hifzillah <3

4 comments:

Dieya Azdieya said...

hai ! kos ape awak ?
saya kos major fizik. kolej tn dr ismail. awak?

Unknown said...

saya sains komputer. kolej keenam. hehehe :D

selamat berkenalan~

Miss Azdieya said...

hai salam perkenalan :)

Unknown said...

hai jugakk! :D