Masalah hati.


"Aku selalu jaga hati orang tapi hati aku siapa nak jaga."


Itu antara keluhan yang selalu dikeluarkan dari mulut manusia bila mempunyai masalah hati. Terlalu sibuk menjaga perasaan dan hati orang lain sehinggakan diri sendiri tak terjaga. Mungkin orang kata kita perlulah utamakan hati sendiri tapi..... tak mungkinlah kita nak abaikan perasaan orang lain. Silap-silap haribulan, kita boleh kehilangan kawan. Tak sanggup untuk aku kehilangan kawan. Berulang-ulang kali.

Terlalu rumit untuk aku luahkan perasaan aku di dalam belog yang sederhana awesome ini. Penulisan yang membosankan, background yang membosankan, kebarangkalian untuk orang membaca post aku berapa peratus ek? Mungkin lebih baik aku ternak cengkerik kat belog ni. Krikk krikkk krikk boleh menjadi music background yang paling glams sekali di antara blogger famous *minah perasan* 

 Penat aku menahan perasaan supaya tidak suka akan seorang hamba Allah ini. Allah kurniakan aku kekayaan perasaan, yang menjadikan aku seorang yang matang, tetapi terpaksa menghadapi ujian-ujian yang mampu membuatkan aku menangis dalam hati. Entah kenapa, hati kata ya, otak kata tidak. Aku cuba untuk tidak sukakan dia dan tidak terlibat dalam permasalahan dia, tapi malangnya KMJ ni kecil. Larilah kemana sahaja, menyoroklah di ceruk mana-mana pun, tetap kau akan berjumpa dengan masalah. Secara langsung atau tidak langsung.

Tumblr_me1vdgd7cr1rkq7uwo1_250_large

Mungkin sudah tiba masa untuk aku menjarakkan diri. Setiap apa yang berlaku, ada hikmah tersendiri. Kita tak tahu perancangan Allah. Allah banyak surprise untuk kita sebenarnya, tapi kita kena tengok dulu tahap kesabaran kita. Setinggi manakah aku untuk menghadapi ujian depan mata? Sekuat manakah aku untuk menghadapi ujian perasaan ini? Orang tak tahu apa yang aku lalui. Mereka hanya pandai berkata itu ini blablablablabla whatever,,, tanpa memikirkan perasaan aku. Tak perlulah nak menganjing aku bagai dengan nasihat itu yang cukup untuk membuatkan aku tersentap. Aku tak suka. Kau tak tahu apa yang aku lalui. Kau tak rasa. Sedangkan aku sendiri tak tahu apakah sebenarnya perasaan aku ni. Aku cuma berharap aku akan jumpa seseorang yang akan buat aku berhenti terluka (':

No comments: