SMK awesome VS SMK harian biasa

-Hanya mampu melihat dari jauh

Kadang-kadang terdetik dalam hati aku, "Kenapalah aku boleh tercampak kat KMJ ni", "Aku rasa macam aku tak layak masuk matrik ni". Kata-kata lemah semangat aku selalu datang menyerang aku bila aku dalam kelas. Terasa rendah, hina dan tak layak walaupun aku tahu aku bukanlah yang terendah sekali dalam kelas tu. Aku ditukarkan ke modul tiga sejak beberapa minggu yang lalu. Dan boleh dikatakan jugak lah yang kelas aku ni merupakan kelas yang baru ditubuhkan. Almaklumlah, ramai betul yang mahu berhijrah ke modul tiga. Sebab tak sanggup belajar tiga subjek "bunuh diri" sekali gus. Tak pun, ada yang memilih untuk mengelak mengira gravity bumi *sigh* *aku lettew*.




Kebanyakan yang berpindah ke MT24 datang dari modul satu. Sedangkan aku datang dari modul dua. Bila dalam bilik tutorial, aku rasa macam aku tak layak duduk sama dengan dorang. Dorang semua pandai. Result dorang 10000000000x lagi bagus dari result SPM aku. Jujur aku cakap, aku malu dengan dorang. Tadi ada program "A FOR CHEMISTRY" dan aku dicampak dalam BT 2.11. Dorang cakap, tempat program aku pada hari ni disusun berdasarkan result SPM. And the best damn thing is, kelas tutor aku untuk hari ni adalah kelas dua terakhir dari semua kelas tutor hari ni. Hmm. Serius sentap sangat. Aku sedih. Tapi aku cuba untuk kuatkan semangat dan percaya pada diri sendiri yang aku boleh buat.


Bila tanya latar belakang sekolah dorang, aku seperti rasa nak lari jauh-jauh dari dorang. Kebanyakan daripada mereka datang dari sekolah yang agak awesome, sekolah kluster dll. Terasa tergugat sangat-sangat. Dorang datang dari sekolah yang agak terkenal di Johor sedangkan aku datang dari sekolah biasa-biasa di Selangor yang orang tak kenal pun *melainkan korang dari SG BULOH* . Semangat kena kuat kat sini walaupun aku tahu aku seorang yang lemah. Tapi aku tahu, orang sebelum sebelum aku pun mesti ada yang pernah hadapi macam apa yang aku lalui..


nota kaki : penulisan aku agak emo pada petang ini. Barangkali kerana cuaca yang mendung dan seseorang yang selalu tersesat masuk dalam kepala hoooootak aku ni -.-

No comments: