the missing stars

Selalu sangat kita dengar perkataan 'crush'. Mungkin ada juga yang rasa nak lemparkan lappy ke kepala crush saat membaca perkataan 'crush' di skrin lappy korang. Tersangat sakit hati bila hati ni sakit sebab crush dah ada crush atau dah ada yang berpunya. Sedih sangat kannn? Tapi bagi aku tu perkara biasa. Dah selalu sangat aku patah hati. Aku sedar patah hati hanya layak menjadi kawan baik aku dan kegembiraan selalu menjadi teman yang menjauhkan diri daripada aku.

Pelangi selepas hujan tapi malangnya hujan lagi dan pelangi pun menghilang. Bilakah pelangi akan muncul kembali?

Antara status aku yg menggambarkan aku yang ingin mengetahui sebab disebalik hujan tanpa henti. Pemindahan ke praktikum baru serba sedikit membuatkan aku agak tertekan dan sedih. Mungkin baru dua minggu dalam MT24 tapi aku masih cuba menyesuaikan diri dalam praktikum tu. agak sukar sebab aku terlepas satu subtopic biology. Mathematic pulak banyak melibatkan log dan juga surd. aaaaaa. susah sangat-sangat. aku mengaku yang aku lemah dalam topik indices dan logarithm.

Tumblr_m5v91dosbp1qayi1ro1_500_large

Terlalu banyak cabaran yang terpaksa aku hadapi. Tadi, bila aku pergi study group bersama MD17, aku rasa bagaikan aku orang asing. Aku hanyalah bekas ahli MD17 dan bukannya sebahagian daripada MD17. Aku hanya mampu senyap dan melihat mereka membuat kerja. aku mengaku aku seorang yang pendiam dan malu untuk berhadapan dengan lelaki. dan aku bukannya seorang yang suka pandang muka lelaki bila berbual dengan dorang. serius aku malu. aku lebih suka mengelakkan diri daripada membuat 'eye contact' dengan lelaki. seram sejuk aku dibuatnya. *pengakuan jujur dan ikhlas*

itu bukanlah apa yang aku cuba nak cakapkan sebenarnya. tu topik sampingan je,.. haish aku ni, banyak mengarut je.... aku tahu ramai yang pernah crush lepas tu heartbreak sebab crush dah ada orang lain. lepas tu frust menonggeng, tweet banyak kali pasal crush, update status jiwang, dengar lagu sedih  *itu aku* lepas tu mencari-cari crush lain... lepas tu sedih square sbb  tak jumpa pengganti. oh sadlyfe.

mungkin sudah tiba masa untuk kita toughkan hati kita untuk terima sebarang risiko yg kita akan terima setiap kali kita crush kat someone. and yeah sekarang aku tengah crush dekat someone tapi aku dah boleh terima risiko sakit hati patah hati dan buat dunno sahaja dengan semua benda tu. relaxlah. nanti kita crush plak kat orang lain an? kan ramai lelaki kat dunia ni. lagipun jodoh kita, kita tak tahu siapa. perjalanan masih jauh... wat lek wat pis.

sekian sudah coretan mengarut aku. salam xoxo

No comments: