Kerana kau perasan perfect

- Nobody's prefect.

Assalamua'alaikum.. Alhamdulillah dapatlah aku mengarut lagi dengan entry aku yang membosankan ni di belog MISSUNIQUE ni. Walaupun mata dah kuyu, badan dah layu dan collegework tersadai di dalam beg, tapi aku masih lagi sempat update blog. Godaan internet barangkali? Ah, nyah kau dari sini nates! Aku mahu siapkan collegework *masih di depan lappy menaip sambungan ayat di entry ini* Aku sudah decide untuk merehatkan badan aku dengan secukupnya dan menyeksa badan pada keesokkan harinya. Esok dah kena nengok muka roommate aku yang giler-2 tuh. Huhu,, seronoknya. Dan tak bestnya.... Sebab aku paling tak suka dengan tandas kat sana. Kuno. Terpaksa bangun seawal pagi pada pukul 4 untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas di dalam tandas dan terpaksa beratur panjang hanya untuk mandi. So aku mengambil shortcut utk bangun mandi pukul 4.


Dalam hidup ni, takde pape pun yang sempurna. Mesti ada yang cacatnya. Jadi aku terpaksa terima dengan pasrah ketaksempurnaan tandas blok ktorang. Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah. *terdengar lagu ombak rindu rambut bheeehhh dalam kepala*


Mungkin seperti pelik je membaca ayat sebelum ini dan tajuknya,. Macam ada kaitan, tapi takde kaitan.. Perit aku menanggung derita, ujian apabila terdapatnya kumpulan-kumpulan tersendiri dalam kelas lamaku. Seolah-olah yang kaya hanya berkawan dengan yang kaya, yang sederhana kawan dengan yang sederhana. Cara hidup mereka yang ala-ala anak orang kaya di Selangor membuatkan aku agak ragu-ragu untuk bersama mereka. Oh, mungkin aku yang terlalu merendah diri dan tiada keyakinan langsung. Mungkin juga.


Dulu pernah aku berkawan dengan seseorang yang perasan perfect, merasakan dirinyalah yang bagus. Aku hanya mampu tersenyum sinis sambil menerima perangai buruknya itu. Setiap orang mempunyai hak itu, hak ini, tapi kau kena faham, antara kau dan aku ada sesuatu yang dipanggil persahabatan dan tali siraturahim. Kalau kau sudah pun menetapkan syarat siapa yang layak atau tidak layak untuk menjadi sahabat engkau, nampaknya kau tak pernah sayang kawan kau. Atau kau hanya berpura-pura menjadi seseorang yang bergelar kawan. Kau kawan dengan chameleon jela eh... Comel jugak chameleon tuh.. Comel macam kau.


Tersentap jiwa raga aku bila ada yang tidak layan aku di alam maya, mesej, mahupun realiti. Seperti aku bukan sebahagian daripada 5Arif. Bila aku bagi mesej, macam taknak layan. Malah ada yang tak balas terus. Aku faham aku pakai celcom, korang pakai hotlink, tapi itu pun takleh nak balas ke? Hm. Sentap.
Bila ada manusia yang membalas mesej aku dengan dua tiga patah perkataan je, terus aku cepat-2 end conversation. Aku tahu orang tu tak berminat nak mesej dengan aku *patah seribu* aku berharap dan menanti agar ada manusia yang tahu menghargai aku sebagai salah seorang kawan sekelas dan tidak menganggap aku seperti dinding di bilik kau. Aku menanti *mood jiwang turn on*

Aku rasa sampai disini falsampah aku. Hehe. Salam dan nyte <3