berbaloi ke?

Assalamu'alaikum. Hey apa khabar? Alhamdulillah. Dapat dating dengan blog :face28: Bila aku nampak satu status ni, teringat pulak idea aku nak bukak satu topik ni. Aku harap topik ni tak mendatangkan sebarang isu besar. Sebab ini adalah luahan hati seorang remaja yang sayangkan bangsanya. Cewahhh.. Jiwangss lak. Tapi ni betullah.. Siapa yang tak sayangkan bangsanya sendiri.

Lambakan cerita hantu, filem berunsur seram banyak sangat sekarang ni. Apa motif sebenarnya? Kalau untuk dijadikan pengajaran, cuba fikirkan balik.... Mungkin sesetengahnya memang memberi manfaat kepada yang lain, tapi kalau terlebih sangat, nanti menjejaskan pemikiran masyarakat terutama sekali generasi akan datang. 

"Kita lebih takutkan hantu daripada takutkan Allah"

Mungkin ramai yang macam ni. Lebih takutkan hantu daripada takutkan Allah. Kadang-kadang dalam rumah sendiri pun kita nak takut. Pelik kan? Kita selalu terbayang ada something kat tingkap bila kita tengok tingkap. Kita selalu bayangkan ada benda datang bila kita sorang-sorang. Dah selalu sangatlah kita bayangkan semua tu. Semuanya kerana pengaruh media massa. Makin lama orang makin bosan dengan lambakan cerita seram. People want someone new.

Mungkin kita tak sedar tapi lambakan filem² dan cerita gangster betul-betul merimaskan. Korang sendiri dapat fikirkan kebaikan dan keburukan cerita macam tu. Bagi aku, hanya mendatangkan keburukan. sorry to say, but I tell you the truth. Kalau ramai yang bersependapat dengan aku, baguslah. Kalau tak, janganlah sampai nak saman-saman lak. Haishh. Ini bukan untuk menjatuhkan industri perfileman di Malaysia ini, tapi ini hanyalah pendapat ikhlas dari seorang remaja Malaysia. k, Salam.

p/s : Malas untuk mengulas lebih, takut nanti jadi masalah besar. Bak kata Nabil "Lu fikirlah sendiri"

Ikhlas,
:73:
Nasyie,
The teddy bear.

2 comments:

Hidayu Bolia said...

setujuuuu...

buat citer hantu, bukan ade pekdah sgt pun...makin wat org pikir hantu jep..

Unknown said...

yupp... buat org takut nak keluar rumah je. even dalam rumah sendiri pun boleh takut /: