Dear March

Tumblr_ld3dnzud6b1qfrcmzo1_500_large

Dear March,
please be nice to me. please help me to remove him from my heart. These feelings really make me sick. I'm tired of it. 

Seringkali aku nekad untuk melupakan seseorang yang dipanggil crush, tapi begitu sukar untuk menghilangkan rasa ini. walaupun rasa sakit di hati sering menjengah, namun segala rasa itu tidak difikirkan. Hanya dibiarkan ia datang dan pergi begitu sahaja. Luka yang terasa, dibiar pulih sendiri. Hendak dipulihkan, tidak tahu caranya. Hendak dibiarkan, nanti melarat pula. Mungkin bulan baru ini bulan untuk aku lupakan dia. Apakan daya, dia pun sudah terpaut hati pada yang lain. Di sini hanya melihat kebahagian dia. Hanya mampu berdoa dan berusaha untuk lebih tabah. ah, dia hanyalah crush aku. Untuk apa aku bersedih. Tak layak untuk aku bersedih kerana dia. 

"BODOH". hanya itu yang patut aku terima. Bodoh kerana sanggup tunggu dia untuk setahun lebih. Walaupun sudah terang-terangan aku di reject. Atau lebih tepat, aku di friendzone. Inilah padahnya kalau hati mudah cair:face63: aaaaaaaaaaaaaaa... apakan daya, forever in friendzone :face41: Hmmmm... aku kena terima segalanya dan betulkan diri aku. Terlalu banyak untuk diperbetulkan... Sampai di sini sahaja. Salam. Please be nice, March :95:

Love you March,
:73:
Nasyie,
The teddy bear. 


No comments: