Assalamu'alaikum. Weee.. Alhamdulillah, masih berpeluang untuk meng-update blog ni. TAIF! TAIF! TAIF! TAIF! Thank Allah It's Friday.
Ramai budak² sekolah tak sabar nak tunggu hari JUMAAT sebab esoknya CUTI!! Wooooo. Time cuti dua hari lah masanya nak lek lu, enjoy, pergi MID... Tapi lain pulak cerita bagi mereka yang pentingkan akhirat, yang mencari bekalan untuk hari akhirat. Hari Jumaat ni lah masanya untuk tambah pahala.
Ibnu Qayyim Al-Jauziyah berkata:
Hari Jumaat adalah hari ibadah.
Hari ini dibandingkan dengan hari-hari lainnya dalam seminggu, laksana bulan Ramadhan dibandingkan dengan bulan-bulan lain.
Waktu mustajab pada hari Jumaat seperti waktu mustajab pada malam lailatul qadar di bulan Ramadhan. (Zadul Ma’ad: 1/398).
Hari Jumaat merupakan hari raya buat mereka di dunia, pada hari itu Allah memenuhi permintaan dan keperluan, yang meminta tidak akan ditolak.
Hari Jumaat adalah hari yang disunnatkan untuk meluangkan waktu untuk beribadah, ia mempunyai keistimewaan dibandingkan hari-hari yang lain.
Solat Jumaat, salah satu kewajipan yang amat penting dalam Islam dan merupakan salah satu detik yang besar berkumpulnya kaum muslimin, lebih besar dari waktu – waktu yang lain kecuali waktu ‘Arafah.
Ini untuk tontonan bersama (:
No comments:
Post a Comment