Family gathering?? Appreciate it.

421826_179300918845955_168194093289971_290576_1136670935_n_large

Damia melangkah masuk dengan bermasam muka tanpa sebarang kata. Mimik mukanya menggambarkan seribu satu perasaan yang tak terungkap. Hanya dia yang merasa. Mamanya turut begitu. Bagaikan ada ribut yang melanda dalam keluarga mereka. Cik Nana, mak cik Damia cuba untuk menghilangkan 'ribut' tersebut namun 'ribut' yang melanda ternyata lebih kuat.


Atuk yang sedang khusyuk menonton berita hanya mampu mengeluh kecil tanpa berkata apa-apa. "Mungkin mereka sedang bergaduh. Tak apa lah. Esok OKAY lah tu" terdetik dalam hati atuknya melihat gelagat menantu dan cucunya yang hanya memuncungkan mulut apabila tiba di rumahnya. Damia terus menuju ke dalam bilik dan mengurungkan dirinya. "Bosannya balik kampung. Bukan ke kita sepatutnya sambut kat rumah je??" "Ni kerja ayah kau lah. Nak sangat balik sini", balas Khatijah, mama Damia. Damia memuncungkan mulutnya sahaja. Cencurut yang melihat Damia pasti akan gerun dengan kemuncungan mulutnya itu.


Hari ni genaplah umur Qaseh yang ke 4 tahun. Dan Damia masih begitu. Hanya bermasam muka. Petang nanti tibalah saat yang dinantikan oleh Qaseh. Masing-masing di dalam rumah itu sibuk menyediakan persiapan untuk majlis sambutan hari jadi Qaseh. Kedengaran kata-kata kurang manis kononnya Damia dan keluarganya tidak suka pulang ke kampung. Ah. Khabar angin tak selalunya benar. Biarlah Damia sahaja yang mengetahuinya. Namun, masih terpendam rasa tidak puas hati dalam diri Damia. Berkumpul bersama-sama keluarga yang lain di kampung adalah membosankan. pada waktu yang salah. 


Ketahuilah bukan semua berpeluang kumpul dengan keluarga. I mean, dengan maklong, paklong, anak² paklong, makngah, pakngah, anak² makngah dan segala mak cik pakcik sedara kau lahh. Bersyukurlah kan dapat kumpul macam tu. Sambut birthday ramai-ramai. Dan satu lagi, syukurlah sebab dapat sambut hari lahir. Ni tak, tak cukup belon pun nak mengamuk macam gorilla. deyyy, small issue lahh. upsss. TERASA KE? lol.. aku cuma bagi contoh je. Kau tahulah contoh-contoh yang lain an.

Orang lain teringin sangat nak kumpul sama-sama dengan keluarga yang lain tapi kalau kau tak reti hargai, kau memang *lu fikirlah sendiri*. Bukan semua berpeluang untuk berkumpul. Mungkin kekangan masa, wang atau lain². Cewahh dah macam nak buat karangan BM lah. phuihhhhh. Boo sama ain. erk

TO BE HONEST, aku dah kekeringan idea nak tulis apa. Just want you to know, tolonglah hargai moment bersama keluarga yang lain okayyy. Janganlah buat muka masam macam itik. Haishh, hodoh kau tahu takkk. Tu je kot karut marut aku malam ni. hewhew :3

salam. 



No comments: