genies see us naked.

Shabbychicbottlesandjars12_large


assalamualaikum. hello. title atas ni bunyi macam lucah je kan. tapi sebenarnya tak punn. korang jangan seram sejuk pulak baca pasal ni, rilek je walaupun aku pun agak seram sebenarnya. muahahha. nak tahu tak, malam sabtu hari jumaat hari tu, aku kena ganggu. "jiran" umah atas aku tarik-tarik perabot tengah-tengah malam pukul 1 lebih. kalau ikut logik takkan orang nak kemas rumah tengah² malam. ni rumah apartmen kot. DILARANG MEMEKAK TENGAH-TENGAH MALAM atau DILARANG TARIK PERABOT TENGAH-TENGAH MALAM. rumah macam ni memang takde kebebasan.. okayyy, tu bukan apa yang aku nak ceritakann.


kita sambung balik kat cerita awal aku. hah~ masa malam tu, aku tidur sorang dalam bilik tu. aku FOREVER ALONE sebab adik aku pergi berjimba-jimba dekat rumah kawan dia. aku pun apa lagi, berjimba-jimba la kat katil adik aku. aku cuma ONLINE pakai fon, lepas tu terlelap. segala doa, ayat kursi, memang aku tak baca pun malam tu. haish... mengantuk punya pasal.


tiba-tiba......... aku terjaga. aku tengok la jam kat handphone, uhhh dalam pukul 1 lebih. at the same time, aku dengar bunyi orang tarik perabot betul-betul atas kepala aku. seram kutt. terus aku teringat yang kalau kita dengar bunyi orang tarik perabot tengah-tengah malam, maksudnya kita kena ganggu. aku apa lagi, dengan seberani dan segagah yg mungkin terus lari dapatkan mak aku. haha. memang penakut betul aku ni. kalau kau, kau mesti lari lagi laju dari aku. hehe. kecut betul aku masa tu. dua tiga malam aku takut. nasib baik boleh tidur.

sebenarnya, aku nak bagitahu yang masa mandi, takleh naked. tu je. haha. kalau dalam islam, makruh kalau kita mandi naked. sunat kalau pakai kain basahan masa mandi sebab Rasulullah pun buat perkara yang sama. hadis Rasulullah:

“Allah itu malu dan Maha Menutup dan cinta pada rasa malu. Apabila kamu mandi hendaklah kamu berlindung (memakai basahan)”. 

walaubagaimanapun,,,,,,, perintah ini sunat saja dan mandi berbogel jika bersendirian dibolehkan kerana buku feqah menyatakan ada riwayat mengatakan Nabi Ayob dan Nabi Musa berbuat demikian. Sungguhpun bersendirian, adalah makruh melihat aurat sendiri kecuali ada tujuan tertentu seperti memendekkan bulu ari-ari dan perkara seumpamanya.


genie sebenarnya tinggal dengan kita. kita kena beriman dengan perkara ghaib maksudnya kita kena percaya la dengan perkara ghaib walaupun kita tak pernah nampak. kalau pakai logik je, memang tak patut la. bukan semua benda kena ikut science je. genie lebih mengutamakan untuk tinggal kat tempat-tempat sunyi sepi macam padang pasir. ada jugak yang tinggal kat tempat-tempat kotor dan ada jugak yang tinggal dalam rumah.

Abu Bakar bin Ubaid meriwayatkan: "Pada setiap rumah kaum muslimin ada jin Islam yang tinggal di atapnya, setiap kali makanan diletakkan, maka mereka turun dan makan bersama penghuni rumah."

Jin juga menjadikan tandas sebagai tempat tinggalnya.

Rasullullah s.a.w. telah bersabda: "Sesungguhnya pada tiap-tiap tempat pembuangan kotoran ada didatangi jin, kerana itu bila salah seorang kamu datang ke tandas maka hendaklah ia mengucapkan doa: " Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadamu dari jin lelaki dan perempuan" (HR. Abu Dawud) 

so, apa lagi, lepas ni kalau nak mandi pakai kain basahan. aku taw ramai kat luar sana yang suka mandi naked dalam bilik air. ingat ye, they see you. Jin juga sangat suka tinggal di lubang-lubang. Oleh kerana itu dalam sebuah hadis dijelaskan yang maksudnya:


 "Janganlah kamu kencing dilubang." (HR. An-Nas'i)

credit : myMETRO & rawatanislam

aku ambil maklumat kat dua website ni.  kalau ada yang salah, tolong betulkan (:

2 comments:

▽mirul ▽dlan said...

<3 good info.. :D

nasyira said...

ooyeah :D
memang sengaja nak btaw semua.
hehe