5 ARIF 2011 SMKBBSB


ASSALAMUALAIKUM ;) masih segar lagi kenangan di sekolah bersama rakan-rakan. rasa macam semalam je aku masuk form 1. *ececececce perasan muda betul aku ni haha. macam tak percaya je lepas ni aku takkan lagi memakai baju kurung itu dan kain biru muda itu lagi serta beg sekolah yang selalunya dipakai labuh ke belakang.

setiap pagi je, mesti semua kecoh dalam kelas. sambil-sambil menunggu fathiah membuka kunci mangga, semua duduk gossip dekat balkoni sambil cuci mata usha junior. dak lelaki ngan perempuan sama je. khusyuk benor mengusha orang. bila waktu bacaan doa je, liat betul dak kelas 5 ARIF ni nak keluar beratur. orang membebel dulu baru nak gerak. biasalahhh, budak 5 Arif memang macam tu. termasuk aku. hehe.

tak kecoh kalau dalam kelas masa ketiadaan cikgu  MEMANG TAK SAH. kalau nak dibandingkan kelas 5 ARIF tu dengan stadium masa HARIMAU MUDA MALAYSIA lawan BAHRAIN, aku rasa dah sama taraf tahap kebisingan budak-budaknya. agaknya kalau budak 5 ARIF letak kat game tu, confirm punya lagi meriah la stadium tu. *lol what?? takde lah Malaysia kalah an. hahaha. okay, takde kena mengena langsung dengan kelas aku. ahakz.

waktu rehat je, semua dok berpiknik luar kelas. orang kata jatuh standard kalau makan kat luar kelas tapi bagi aku, semua yang kita lakukan bersama akan mencipta kenangan paling indah walaupun kejadian itu memalukan. tak semua memilih untuk "berpiknik", ada jugak yang memilih untuk tidak berpisah dengan kerusi biru dan meja biru itu masa rehat. aku takkan lupakan kerusi dan meja biru itu yang menjadi tempat aku meluahkan segala karya terpendam *aku luahkan masa peksa je XD .

Bla%252b%252528197%252529_large

terlalu banyak kenangan yang tercipta. walaupun kelas pernah diserang zombies *not my zombie :P , darah memercik satu kelas *cat je punnn , kerusi dan meja tunggang terbalik dek amukan zombies, tapi semua tu tak pernah meruntuhkan semangat budak 5 ARIF walaupun terdengar jugak keluhan kasar, ternyata semangat nak pergi sekolah tetap ada! " setiap kejadian yang berlaku ada hikmahnya " . mungkin hikmahnya ialah hidup ini umpama roda, tak selalu kita di atas, dan tak selalu kita di bawah. tak semua akan merasai kebahagiaan tanpa merasai kepahitan. 

tak dapatt aku tuliskan semua kenangan di sini kerana..........................................aku dah kekeringan idea. korang bolehlah baca cerita budak 5 ARIF 2011 di SINI sebab cerita dia lagi best dari cerita aku. so enjoyyyyy. last but not least, aku sertakan .gif yang aku wat malam tadi. sorry sebab tak berapa nak cantik. aku NOOB. hehehe. but before that, korang kena tekan PLAY dulu lagu bawah ni sambil tengok .gif aku tu. hmmm. sorry, aku tak reti wat video so pandai-pandai la ye korang tggu .gif tu start. lulzzzz.







 Tumblr_lvtu2jvu8w1qd4g34o1_500_large











CREDIT : ASRAF SIDDICK dan lain-lain ;)