simple tapi banyak fadhilatnya

assalamualaikum. kita seringkali membaca surah-surah lazim al-quran. mak, ayah, uztazah, uztaz pun selalu suruh kita baca masa kecik-kecik dan sehinggalah kita betul-betul hafal ayat tersebut tapi tak pernah terlintas langsung kan apa fadhilat ayat-ayat tersebut. tah-tah tak pernah fikir langsung pun. bila uztazah/uztaz suruh hafal, kita pun hafal lahhh. lepas habis sekolah, ayat hafazan yang kita selalu baca masa dalam kelas agama pun tak ingat. hampeh jewww. iskiskisk.

nak tahu tak, ayat-ayat yang korang selalu baca tu, tak kira la dalam solat ke, luar solat ke banyak fadhilatnya awww. so aku nak share la hari ni ehh. tapi korang kena janji satu perkara. korang kena baca sampai habis. kalau tak, macam mana nak tahu fadhilatnya annnn.

fadhilat Surah Al-Fatihah

Rasullullah telah bersabda yang bermaksud : 
"Fatihatul kitab (surah al fatihah) adalah ubat bagi segala racun"


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِِ
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ 
(1) الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ (2) مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ (3) إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ (4) اهدِنَـا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ (5) صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ | 6
Untuk penawar racun & kala jengking:

Isilah gelas dengan sedikit air yang dicampur dengan sedikit garam. Bacakanlah surah al Fatihah 7 kali pada air di dalam gelas itu. Kemudian berilah orang yang disengat lipan itu minum dan usapkanlah sedikit di bahagian sengatan tadi. Insyaallah dengan ikhtiar itu racun yang ada di dalam badan akan menjadi tawar sehingga cepatsembuh kembali.

Untuk Menghilangkan Sifat Lupa

Tulislah surah al Fatihah pada bekas air seperti gelas, piring, dan lain-lain) yang bersih lagi suci. Lalu tuangkanlah air ke dalamnya supaya tulisan itu terhapus. Kemudian berilah minum kepada orang yang selalu pelupa. Insya Allah usaha ini akan berhasil dengan kesabaran.

Untuk Penyembuhan Segala Penyakit

Ambillah sebaldi air lalu dibacakan surah ini kepada air itu sebanyak 40 kali. Kemudian basuhlah kedua tangan, kedua kaki, muka,kepala dan seluruh anggota badan sampai rata dengan air itu. Insya Allah dengan ikhtiar ini, penyakit yang dialami akan sembuh. Lakukanlah berkali-kali.

Untuk Penyembuhan Penyakit Mata

Bacalah surah ini 41 kali sehabis sembahyang subuh kepada orang yang sakit mata. Kemudian usapkanlah ke mata pesakit dengan sedikit air ludah iaitu selepas membaca al Fatihah. Insya Allah akan sembuh dengan berkah yang ada pada surah al Fatihah ini.


insyaAllah, nanti aku share lagi eh :)


credit (copy paste) : rawatan islam

No comments: